Tuesday, January 5, 2010

Adakah Tuhan mencipta Kejahatan?


Seorang profesor yang menganut Atheis (golongan manusia yang tidak mempercayai tuhan) cuba mempengaruhi para pelajarnya dengan satu soalan.

“Apakah Tuhan menciptakan segala yang ada?”

Seorang mahasiswa dengan berani menjawab, “Betul, Dia yang menciptakan semuanya”. “Tuhan menciptakan semuanya?” Tanya professor sekali lagi. “Ya, Prof, semuanya” kata mahasiswa tersebut.

Profesor itu menjawab, “Jika Tuhan menciptakan segalanya, maksudnya Tuhan menciptakan kejahatan. Kerana kejahatan itu ada, dan menurut prinsip kita bahawa pekerjaan kita menjelaskan siapa kita, jadi kita boleh menganggap bahawa Tuhan itu adalah kejahatan.”

Mahasiswa itu terdiam dan tidak dapat menjawab hipotesis professor tersebut. Profesor itu merasa menang dan menyombongkan diri bahawa sekali lagi dia telah membuktikan bahawa agama itu adalah sebuah mitos.

Mahasiswa lain mengangkat tangan dan berkata, “Profesor, boleh saya bertanya sesuatu?”

“Tentu saja,” jawab si Profesor

Mahasiswa itu berdiri dan bertanya, “Profesor, apakah sejuk itu ada?” “Pertanyaan apakah itu? Tentu saja sejuk itu ada. Kamu tidak pernah demam?” Tanya si professor diiringi tawa mahasiswa lainnya.

Mahasiswa itu menjawab, “Kenyataannya, Prof, sejuk itu tidak ada. Menurut hukum fizik, yang kita anggap sejuk itu adalah ketiadaan panas. Suhu -460F adalah ketiadaan panas sama sekali. Dan semua partikel menjadi keras dan tidak mampu beraksi pada suhu tersebut. Kita menciptakan kata sejuk untuk mendeskripsikan ketiadaan panas.

Mahasiswa itu bertanya lagi, “Profesor, apakah gelap itu ada?” Profesor itu menjawab, “Tentu saja itu ada.”

Mahasiswa itu menjawab, “Sekali lagi anda salah. Gelap itu juga tidak ada. Gelap adalah keadaan dimana tidak ada cahaya. Cahaya boleh kita pelajari, gelap tidak. Kita boleh menggunakan prisma Newton untuk memecahkan cahaya menjadi beberapa warna dan mempelajari berbagai panjang gelombang setiap warna. Tapi Anda tidak boleh mengukur gelap. Seberapa gelap suatu ruangan diukur dengan berapa peratus cahaya di ruangan tersebut. Kata gelap dipakai manusia untuk mendeskripsikan ketiadaan cahaya.”

Akhirnya mahasiswa itu bertanya, “Profesor, apakah kejahatan itu ada?”

Dengan bimbang professor itu menjawab, “Tentu saja, seperti yang telah kukatakan sebelumnya. Kita melihat setiap hari di Akhbar dan TV. Banyak perkara jenayah dan kejahatan di antara manusia. Perkara-perkara tersebut adalah manifestasi dari kejahatan.”

Terhadap pernyataan ini mahasiswa itu menjawab, “Sekali lagi Anda salah, Prof. Kajahatan itu tidak ada. Kejahatan adalah ketiadaan Tuhan. Seperti dingin atau gelap, kajahatan adalah kata yang dipakai manusia untuk mendeskripsikan ketiadaan Tuhan. Tuhan tidak menciptakan kejahatan. Kejahatan adalah hasil dari tidak adanya kasih Tuhan dihati manusia. Seperti sejuk yang timbul dari ketiadaan panas dan gelap yang timbul dari ketiadaan cahaya.”

Profesor itu terdiam.

Read more: http://scripters.ning.com/forum/topic/show?id=2386880%3ATopic%3A263698&xgs=1&xg_source=msg_share_topic#ixzz0bnmIA3Wp

Sorang cakap dah


Tiba-tiba nama aktres jelita Zizie Ezette menjadi perbualan ramai. Semuanya bermula apabila pelakon gebu ini mengeluarkan kenyataan yang dia telah dilamar oleh seorang suami orang bergelar Datuk. Dan cerita ini menjadi lebih hangat apabila suami orang yang dimaksudkan tersebut merupakan Ahli Parlimen Kinabatangan iaitu Datuk Bung Mokhtar Radin.

Lebih menarik lagi apabila ketika peminat ingin mengetahui kesahihan cerita perkahwinan tersebut, Zizie mahupun Datuk Bung Mokhtar sendiri bermain teka-teki, tidak mahu berterus-terang. Bukan mudah untuk mendapatkan kenyataan Zizie, apatah lagi ketika ini sudah pastinya Zizie dihujani panggilan telefon. Setelah kiriman SMS dihantar padanya, akhirnya Zizie sudi membalas panggilan telefon daripada MH.



Di awal perbualan, Zizie berterus-terang mengatakan dia bukan mahu bersikap kurang ajar kerana tidak mahu menjawab panggilan. Katanya dia jenuh mahu menjawab tentang soal jodohnya kerana dia lebih menyerahkan persoalan itu kepada takdir yang menjadi penentu segala-galanya.

"Semua pihak tahu saya bukan jenis aktres yang suka mencipta kontroversi. Saya minta semua pihak mendoakan kebahagiaan saya. Saya tak perlu isu kontroversi untuk terus bernyawa dalam industri hiburan. "Buat masa ini saya tak mahu komen dan memanjangkan kenyataan saya. Saya sudah penat mahu menjawab tentangpersoalan ini. Ini kerana saya perlu menjaga hati banyak pihak. Ramai media yang bertanyakan perkara yang serupa pada saya dan saya pasti jawapan yang tersiar pasti sama dan membosankan tapi itulah kenyataannya;' ujar Zizie ringkas.

Ketika artikel ini ditulis, Datuk Bung Mokhtar sendiri sudah mengesahkan berita perkahwinannya dengan aktres tersebut. Namun, ketika ditanya pula pada Zizie, dia masih belum mahu berterus-terang dan memberitahu, dia akan menjelaskan perkara sebenar tidak lama lagi.

Read more: http://scripters.ning.com/forum/topic/show?id=2386880%3ATopic%3A263383&xgs=1&xg_source=msg_share_topic#ixzz0bnlV1lTW