Tuesday, January 5, 2010

Sorang cakap dah


Tiba-tiba nama aktres jelita Zizie Ezette menjadi perbualan ramai. Semuanya bermula apabila pelakon gebu ini mengeluarkan kenyataan yang dia telah dilamar oleh seorang suami orang bergelar Datuk. Dan cerita ini menjadi lebih hangat apabila suami orang yang dimaksudkan tersebut merupakan Ahli Parlimen Kinabatangan iaitu Datuk Bung Mokhtar Radin.

Lebih menarik lagi apabila ketika peminat ingin mengetahui kesahihan cerita perkahwinan tersebut, Zizie mahupun Datuk Bung Mokhtar sendiri bermain teka-teki, tidak mahu berterus-terang. Bukan mudah untuk mendapatkan kenyataan Zizie, apatah lagi ketika ini sudah pastinya Zizie dihujani panggilan telefon. Setelah kiriman SMS dihantar padanya, akhirnya Zizie sudi membalas panggilan telefon daripada MH.



Di awal perbualan, Zizie berterus-terang mengatakan dia bukan mahu bersikap kurang ajar kerana tidak mahu menjawab panggilan. Katanya dia jenuh mahu menjawab tentang soal jodohnya kerana dia lebih menyerahkan persoalan itu kepada takdir yang menjadi penentu segala-galanya.

"Semua pihak tahu saya bukan jenis aktres yang suka mencipta kontroversi. Saya minta semua pihak mendoakan kebahagiaan saya. Saya tak perlu isu kontroversi untuk terus bernyawa dalam industri hiburan. "Buat masa ini saya tak mahu komen dan memanjangkan kenyataan saya. Saya sudah penat mahu menjawab tentangpersoalan ini. Ini kerana saya perlu menjaga hati banyak pihak. Ramai media yang bertanyakan perkara yang serupa pada saya dan saya pasti jawapan yang tersiar pasti sama dan membosankan tapi itulah kenyataannya;' ujar Zizie ringkas.

Ketika artikel ini ditulis, Datuk Bung Mokhtar sendiri sudah mengesahkan berita perkahwinannya dengan aktres tersebut. Namun, ketika ditanya pula pada Zizie, dia masih belum mahu berterus-terang dan memberitahu, dia akan menjelaskan perkara sebenar tidak lama lagi.

Read more: http://scripters.ning.com/forum/topic/show?id=2386880%3ATopic%3A263383&xgs=1&xg_source=msg_share_topic#ixzz0bnlV1lTW

No comments:

Post a Comment